TERNAKAN LINTAH
0192873066 / 0175891073
By: big zaima

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Thursday, 30-Oct-2008 04:46 Email | Share | | Bookmark
My 1st Baby

Mula2 upload gambar dulu, sekarang ni baru ada peluang nak bercerita. Projek ternakan lintah ni lebih kurang macam 1st baby kitorang la. Sebabnya, kalau ikut perancangan, ada beratur lagi projek lain yang menunggu nak dijayakan. Bersemangat ni! Tapi, bab modal yang buat sangkut sikit tu. Takpe, slow n steady. Satu-satu dulu, yang penting kualiti bukan kuantiti. Lagipun, ramai gak yang nasihat, tumpukan satu-satu projek dulu. Jangan nak balun habis semua, tapi satu pun tak menjadi.

Berbalik kepada soal penternakan lintah ni, idea nak buat projek ni dah berbulan-bulan yang lepas dah. Kursus pun dah setel lama dah. Tapi, loan baru lulus and baru release lepas raya aidilfitri baru ni. so, lepas raya baru kami hayun betul2. Masing2 dah puas bercuti raya, so kenala start keje balik. Projek ni 1st projek kitorang, means bisnes yang betul2 punya. cari makan punya bisnes. Sebelum ni lebih macam bisnes main2 or carik pengalaman je.

Macam yang u all boleh nampak kat gambar, kitorang mulakan dengan meratakan tanah. Tanahnya dah la tak rata, cerun, lembik pulak tu (ada bahagian yang lembik dan keras). Makan masa 4-5 hari jugakla 'ane' tu siapkan keje, means banyak gak la ongkos yang dileburkan kat tokey 'ane' tu. Bila dah rata, naik pagar keliling yang warna hijau tu. Semua benda ni dibuat sebelum loan dapat, guna duit sendri plus loan ahli keluarga tersayang la. Masa ni memang sayang giler la kat famili ku tercinta. Pastu projek tergendala jap sebab family loan tadi dah makin susut. Tunggu loan yang betul2 punya (bukan pinjam along) sampai la nak dekat raya (1 week before raya). So, kitorang decide kita raya dulu puas2, habis raya kasi henjut itu projek turbo punya laju. Lepas puas beraya kat rumah ayahbonda di Ipoh, kitorang mulakan balik dengan buat tapak simen. 6 tapak je boleh muat. 2 orang member org 'kitak' buat 6 tapak tu pun makan masa 5 hari coz hujan (tgh musim, kan), tanah pun bercerun, so quite susuah coz tapak simen nak rata. Bila dah setel tapak, time untuk buat kolam. Buat frame besi, carik kanvas and aksesori kolam yang lain dan yang paling utama anak-anak kitorang yang akan dimasukkan ke dalam kolam, INDUK LINTAH.

Dipendekkan cerita, as u all can see, tadaaa.... siaplah satu set kolam lintah yang berisi 1000 ekor induk lintah. Masa acara memasukkan induk lintah ke dalam kolam, ramai gak ahli keluarga tercinta tadi (yang tak geli dgn lintah la) yg menyaksikannya. 'CEO' pun dengan beraninya menunjukkan skil memegang lintah dan gambar tangan 'CEO' tu masukla dalam website ni.

Bestnya... Progress sekarang ni, 5 set kolam lagi sedang dinaikkan. Insya Allah, dalam seminggu dua ni siapla. Okla, that's all for now. C U soon...


Monday, 27-Oct-2008 11:54 Email | Share | | Bookmark
KERJA-KERJA MEMBUAT TAPAK PROJEK DAN RANGKA KOLAM KANVAS

 
 
 
View all 12 photos...















Sunday, 26-Oct-2008 13:55 Email | Share | | Bookmark
my leech!!

 
 

this is my little leech...watch out!!

syarikat kami menyediakan perkhidmatan membekalkan kolam kanvas
1. kolam kanvas 8×16x3=RM 550/++
2. besi frame RM 650/++per set
3. harga akan berubah mengikut kehendak pelanggan.
sebarang pertanyaan hubungi kami di,
e-mail bigzaima@yahoo.com
tel : 0192873066 (zaki)


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net